Friday, July 29, 2011

ber'PATUT'an ker Kedai 1 Malaysia?

Assalamualaikum...

Waa~ meriah betol...


Hello pengguna- pengguna sekalian...

Kalau tengok tajuk entry pun korang dah tahukan aku nak cerita pasal apa. So, let us go straight to the point. Seperti yang korang tahu Kerajan Malaysia yang tercinta la pulak telah mewujudkan  Kedai 1 Malaysia yang berkonsepkan pasar mini bagi keperluan asas dengan harga yang berpatutan dan mampu dimiliki. Tahu tak? Kuno betul la korang ni.haha...joking2... Aku tahu la yang kedai korang tahu Jusco, Tesco, Giant, Bazar Karat(untuk Johorian shj) and etc. Okay2 enough.

JUSCO Melaka


Menurut sumber yang boleh dipercayai (bukan Murai.com okay...kan Pie?haha...), 250 barangan genetik generic akan dijual pada harga antara 30% hingga 50% lebih murah daripada harga pasaran barangan berjenama. Secara personal, bagus jugak la adanya Kedai 1 Malaysia ni. Sekurang-kurangnya dapat gak Membantu warga kota yang dalam kesempetan, kemiskinan, ke’bankrupt’an dan sebagainya dengan kenaikan harga barangan yang terus meningkat akibat pengurangan subsidi dan pengecutan pendapatan.(pergh macam wartawan siot...)*perasaan lebih*

Tapi yang aku herannya, ada jugak makhluk2 yang sibuk mengata (mestila orang pompuan...laki2 mane suka mengata...haha.. amik kau penumbuk sulung ni!! dush2x) terutama makcik2 yang suka buat mesyuarat pondok (skrang tak maen dah mesyuarat2 tingkap ni...) pasal benda kecik nie.Pelik2 pompuan manusia zaman sekarang ni.

Jom ikuti perbualan aku ngan sekumpulan makcik2 ngah bersidang dekat belakang rumah aku :
......................................................................................................................................................


Aku(bukan nama sebenar)        : Cik Lela( bukan nama sebenar gak...hehe)... semalam kan Cik Lela  kan baru  lpas balik Kelana Jaya kan? Mesti singgah Kedai 1 Malaysia.  So, best ke tak?apa yang murah sgt...?

Cik Lela                                   :  Entah la... Biasa jer... Baik Makcik bli kat Kipmart tu ha... Apalah PM tu... Daripada dia buat kedai yang murah baek dy murahkan harga2 barang skrang.. takkan hari2 makcik nak beli Sardin 1 Malaysia?kordial 1 Malaysia?

Cik Joyah (nama sebenar kot..)  : Betui cakap hang Lela. Depa tu semua  nk popular je. Abih Lepas ni habih semua kedai runcit bankrupt.

Mak Jemah                            : hmm~ Mak Jemah okay jer... Hagak2 Mak tengah kaya baru lepas gaji, Mak beli jelah Sunquick...Hagak2 ngah miskin Mak bli cordial oren 1 Malaysia ape susah... Jadi semua boleh rasa... Takkan nyer bankrupt kedai runcit seluruh negeri ni nanti.Kan?

Aku : Saya sokong sgt Mak Jemah oiii...(terpaksalah ikut nada dia... Karang  tak ngaku geng..kuikui)

Cik Lela & Cik Joyah : .....................(Spechless)...............................

Tanpa melengahkan masa, aq terus masuk rumah tengok cerita Spongebob...haha...
(kecik2 tak pernah enjoy)

......................................................................................................................................................
hmm~ apesal semua jenama sama je nie?
(tak sedar diri kat kedai mana)


Jadi hagak2(suara Mak Jemah) korang makcik mana yang bagus? Terserah okay. Persoalan nya sekarang ni...Adakah semua golongan dibenarkan menjejakkan kaki di Kedai 1 Malaysia?Dan dengan terwujudnya kedai 1 Malaysia ini tidak akan merudumkan lagi kedai2 runcit disekitarnya? So, apa pendapat korang?


1 komen *,*:

cdie said...

aku nak pegi, x penah pegi pun, nak wat bancian sekali, kaum mne yang ramai pegi, jenis golongan mane yang ramai pegi, bila orang ramai pegi, barang ape yang ramai beli, nak kne kaji ni

There was an error in this gadget