Friday, November 11, 2011

Akta Universiti Kolej Universiti ????

Aku rase korang, korang dan korang x kirala korang dari pihak mane, puak mane atau sokong mane2 pihak tahu tak sikit banyak sikit tentang tajuk di atas atau ringkasnya AUKU.



Sape yang perkenalkan AUKU? Tun Mahathir yang baru je terima anugera Grandlaurette..

Bila dia perkenalkan? Masa dia jadi menteri pelajaran era Tun Hussein Onn perintah...




Soal Jawab Tentang AUKU

1. Kenapa Kerajaan tidak mansuhkan AUKU agar pelajar boleh berpolitik?
Jawapan:
AUKU merupakan punca kuasa bagi sesebuah IPTA yang merangkumi perkara berkaitan tadbir urus universiti, autonomi, status badan berkanun dan sebagainya. Hanya Seksyen 15 yang berkaitan dengan isu pelajar berpolitik. Jika diminta agar AUKU dimansuhkan maka ia menunjukkan seseorang itu buta undang-undang.

2. Kenapa Kerajaan tidak pinda Seskyen 15 bagi membolehkan pelajar berpolitik?
Jawapan:
Pindaan AUKU 2009 telah melalui proses yang panjang bermula tahun 2005 dengan penubuhan Jawatankuasa Meminda AUKU yang terdiri daripada pakar-pakar perundangan. Disamping sesi brainstorming antara ahli, mereka turut mendapatkan pandangan banyak pihak seperti ibubapa/orang ramai, SUHAKAM, pegawai Kerajaan, wakil parti politik Kerajaan, wakil parti politk pembangkang dan sebagainya. Keputusan yang diambil adalah tepat pada masa itu walaupun sudah tentu tidak dapat memenuhi kehendak semua orang.

3. Pelajar menjadi tidak kreatif jika aktiviti mereka dalam politik dikongkong.
Jawapan:
Kegiatan bersifat politik masih dibenarkan diadakan di IPT dengan syarat ianya haruslah berbentuk akademik dan tidak menjurus kepada parti-parti politik tertentu. Sebagai contoh program pengajian Sains Politik telah lama diperkenalkan di beberapa IPT di Malaysia yang menawarkan kursus-kursus berkaitan politik. Selain itu beberapa forum yang membincangkan isu politik semasa secara ilmiah telah banyak diadakan di beberapa IPT, di samping memperkenalkan sudut pidato di setiap IPT yang memberi peluang kepada pelajar mengasah bakat pidato mereka.

4. Kenapa pelajar luar negara (Kelab UMNO luar negara) boleh terlibat politik?
Jawapan:
AUKU hanya terpakai kepada pelajar IPTA dan tidak terpakai kepada pelajar luar negara. Penubuhan persatuan di luar negara adalah tertakluk kepada undang-undang di negara tersebut. Kalau nak tubuh Kelab PAS luar negara atau Kelab PKR/DAP luar negara pun boleh.

5. Jika AUKU hanya terpakai kepada pelajar IPTA, adakah pelajar IPTS dibenar menjadi ahli parti politik?
Jawapan:
AUKU tidak terpakai kepada pelajar IPTS tetapi mereka tertakluk kepada Akta IPTS [Akta 555] yang juga terdapat seksyen yang melarang pelajar menjadi mana-mana parti politik.

6. Adakah AUKU menghalang semua pelajar berpolitik?
Jawapan:
AUKU tidak menghalang secara total mana-mana pelajar untuk berkecimpung dalam arena politik. Ini berdasarkan peruntukan di bawah subseksyen 15(4) AUKU yang memberi kuasa budi bicara kepada Naib Canselor untuk mengecualikan pelajar itu daripada sekatan yang disebut dalam perenggan 15(1)(a) AUKU. Ini akan membolehkan seseorang ahli politik yang bergiat dalam mana-mana parti politik mendaftar bagi sesuatu kursus di Universiti tanpa perlu melepaskan kerjaya politiknya.

er, rase-rasenye tak payah mansuhkan pun AUKU dah tak jalan sekarang...
jadi, sekiranya korang, korang dan kawan-kawan korang nak sertai ape2 yang melibatkan politik secara langsung kat luar dan ditangkap, korang ikut je hujah-hujah diorang sebab diorang dah menang, huhu...


*psst, jangan emosi, open minded,sekadar pendapat,happy-happy
*jom belajar fizik >_< huhu
There was an error in this gadget