Friday, November 11, 2011

Akta Universiti Kolej Universiti ????

Aku rase korang, korang dan korang x kirala korang dari pihak mane, puak mane atau sokong mane2 pihak tahu tak sikit banyak sikit tentang tajuk di atas atau ringkasnya AUKU.



Sape yang perkenalkan AUKU? Tun Mahathir yang baru je terima anugera Grandlaurette..

Bila dia perkenalkan? Masa dia jadi menteri pelajaran era Tun Hussein Onn perintah...




Soal Jawab Tentang AUKU

1. Kenapa Kerajaan tidak mansuhkan AUKU agar pelajar boleh berpolitik?
Jawapan:
AUKU merupakan punca kuasa bagi sesebuah IPTA yang merangkumi perkara berkaitan tadbir urus universiti, autonomi, status badan berkanun dan sebagainya. Hanya Seksyen 15 yang berkaitan dengan isu pelajar berpolitik. Jika diminta agar AUKU dimansuhkan maka ia menunjukkan seseorang itu buta undang-undang.

2. Kenapa Kerajaan tidak pinda Seskyen 15 bagi membolehkan pelajar berpolitik?
Jawapan:
Pindaan AUKU 2009 telah melalui proses yang panjang bermula tahun 2005 dengan penubuhan Jawatankuasa Meminda AUKU yang terdiri daripada pakar-pakar perundangan. Disamping sesi brainstorming antara ahli, mereka turut mendapatkan pandangan banyak pihak seperti ibubapa/orang ramai, SUHAKAM, pegawai Kerajaan, wakil parti politik Kerajaan, wakil parti politk pembangkang dan sebagainya. Keputusan yang diambil adalah tepat pada masa itu walaupun sudah tentu tidak dapat memenuhi kehendak semua orang.

3. Pelajar menjadi tidak kreatif jika aktiviti mereka dalam politik dikongkong.
Jawapan:
Kegiatan bersifat politik masih dibenarkan diadakan di IPT dengan syarat ianya haruslah berbentuk akademik dan tidak menjurus kepada parti-parti politik tertentu. Sebagai contoh program pengajian Sains Politik telah lama diperkenalkan di beberapa IPT di Malaysia yang menawarkan kursus-kursus berkaitan politik. Selain itu beberapa forum yang membincangkan isu politik semasa secara ilmiah telah banyak diadakan di beberapa IPT, di samping memperkenalkan sudut pidato di setiap IPT yang memberi peluang kepada pelajar mengasah bakat pidato mereka.

4. Kenapa pelajar luar negara (Kelab UMNO luar negara) boleh terlibat politik?
Jawapan:
AUKU hanya terpakai kepada pelajar IPTA dan tidak terpakai kepada pelajar luar negara. Penubuhan persatuan di luar negara adalah tertakluk kepada undang-undang di negara tersebut. Kalau nak tubuh Kelab PAS luar negara atau Kelab PKR/DAP luar negara pun boleh.

5. Jika AUKU hanya terpakai kepada pelajar IPTA, adakah pelajar IPTS dibenar menjadi ahli parti politik?
Jawapan:
AUKU tidak terpakai kepada pelajar IPTS tetapi mereka tertakluk kepada Akta IPTS [Akta 555] yang juga terdapat seksyen yang melarang pelajar menjadi mana-mana parti politik.

6. Adakah AUKU menghalang semua pelajar berpolitik?
Jawapan:
AUKU tidak menghalang secara total mana-mana pelajar untuk berkecimpung dalam arena politik. Ini berdasarkan peruntukan di bawah subseksyen 15(4) AUKU yang memberi kuasa budi bicara kepada Naib Canselor untuk mengecualikan pelajar itu daripada sekatan yang disebut dalam perenggan 15(1)(a) AUKU. Ini akan membolehkan seseorang ahli politik yang bergiat dalam mana-mana parti politik mendaftar bagi sesuatu kursus di Universiti tanpa perlu melepaskan kerjaya politiknya.

er, rase-rasenye tak payah mansuhkan pun AUKU dah tak jalan sekarang...
jadi, sekiranya korang, korang dan kawan-kawan korang nak sertai ape2 yang melibatkan politik secara langsung kat luar dan ditangkap, korang ikut je hujah-hujah diorang sebab diorang dah menang, huhu...


*psst, jangan emosi, open minded,sekadar pendapat,happy-happy
*jom belajar fizik >_< huhu

Sunday, September 25, 2011

kami sekarang...

homesick, new environment, new friends, nervous, seronok, gembira, teruja, kagum....

aku rase tu la perasaan aku dalam seminggu dua ni...
-
Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada tuhan kerana sekarang ni, semua majlis tertinggi KERIS masing-masing sudah bertapak di IPTA-IPTA untuk menyambung pengajian masing-masing...
pie UTHM
harris@gary di UKM-sains biologi
ejad di UMT-marin
faizal di UTM-petroleum
nazrin pun di UTM-engineering
din kat UTEM-engineering
last, aku pun kat UKM dengan gary....

setakat ni takde berita sedih dari mereka-mereka ini, jadi konklusinya, kami semua berjaya harungi 2 minggu sebagai mahasiswa, hehehe...

nota tamat....

Tuesday, August 16, 2011

puasa dan Ramadhan...

dendangan lagu Raihan menari-nari didalam mindaku membuatkan lidahku turut serta menyanyikan lagu tersebut..."nawaitu souma ghadin an ada ee fardi romadhona, hazihis sanati lillahi taala"

ku tertanya tanya di dalam diri ini, apakah sehingga hari ke 15 sudah banyak amalan yang aku lakukan di bulan mulia ini? bce quran, solatnye, sedekahnye, zikirnye, tahajjudnye...

apakah diri ini tetap same seperti di bulan2 yang lain?

alangkah bagus sekiranya peniaga bazar bersedekah di samping berniaga...

yang miskin merasa makanan mewah pabila berbuka di surau, yang kaya merasa lapar dan dahaga same seperti si miskin di bulan lain..

sesekali menatap dada-dada dan isi akhbar, sedih melihat umat islam di negara lain berpuasa, tetapi puasanya tidak bersahur dan tidak berbuka seperti kita di sini...

berkali-kali menatap ruangan akhbar, sedih melihat umat islam di sini tidak bersyukur dengan nikmat yang melimpah ruah malah alpa pada yang Esa...

sedih diri ini melihat islam dihina walaupun tinggal di dalam negara islam...

sedih diri ini bila mana umat islam hanya mampu terkilan, terduduk, terdiam bilamana kafir laknat memperlekehkan ajaran islam...

mungkin kita merasa cukup selesa berada dalam keadaan mewah...
hingga kita lalai akan pentingnya perpaduan ummah...

mungkin satu hari nanti kita gelabah...
bilamane si kafir laknat ketawa berdekah-dekah...

perhatikan sekeliling anda...
berapa ramai yang anda rase mampu untuk menegakkan kembali islam sekiranya negara kita dijajah puak2 kafir....

sedarkah anda perlembagaan kian terhakis hari demi hari...

sedarkah anda, tempat tinggal anda kian tergadai sikit demi sikit...

sedarlah wahai bangsa Melayu Islam, betapa kesiannya anda....

sedarlah umat islam Ramadhan tahun ini kian melambai pergi dari kita...


p/s: tiada kaitan antara yang hidup mahupun mati, huhu....


Wednesday, August 3, 2011

#WW 2 : .:Wondering Wednesday:.

Tak perlu kata apa-apa....

Friday, July 29, 2011

ber'PATUT'an ker Kedai 1 Malaysia?

Assalamualaikum...

Waa~ meriah betol...


Hello pengguna- pengguna sekalian...

Kalau tengok tajuk entry pun korang dah tahukan aku nak cerita pasal apa. So, let us go straight to the point. Seperti yang korang tahu Kerajan Malaysia yang tercinta la pulak telah mewujudkan  Kedai 1 Malaysia yang berkonsepkan pasar mini bagi keperluan asas dengan harga yang berpatutan dan mampu dimiliki. Tahu tak? Kuno betul la korang ni.haha...joking2... Aku tahu la yang kedai korang tahu Jusco, Tesco, Giant, Bazar Karat(untuk Johorian shj) and etc. Okay2 enough.

JUSCO Melaka


Menurut sumber yang boleh dipercayai (bukan Murai.com okay...kan Pie?haha...), 250 barangan genetik generic akan dijual pada harga antara 30% hingga 50% lebih murah daripada harga pasaran barangan berjenama. Secara personal, bagus jugak la adanya Kedai 1 Malaysia ni. Sekurang-kurangnya dapat gak Membantu warga kota yang dalam kesempetan, kemiskinan, ke’bankrupt’an dan sebagainya dengan kenaikan harga barangan yang terus meningkat akibat pengurangan subsidi dan pengecutan pendapatan.(pergh macam wartawan siot...)*perasaan lebih*

Tapi yang aku herannya, ada jugak makhluk2 yang sibuk mengata (mestila orang pompuan...laki2 mane suka mengata...haha.. amik kau penumbuk sulung ni!! dush2x) terutama makcik2 yang suka buat mesyuarat pondok (skrang tak maen dah mesyuarat2 tingkap ni...) pasal benda kecik nie.Pelik2 pompuan manusia zaman sekarang ni.

Jom ikuti perbualan aku ngan sekumpulan makcik2 ngah bersidang dekat belakang rumah aku :
......................................................................................................................................................


Aku(bukan nama sebenar)        : Cik Lela( bukan nama sebenar gak...hehe)... semalam kan Cik Lela  kan baru  lpas balik Kelana Jaya kan? Mesti singgah Kedai 1 Malaysia.  So, best ke tak?apa yang murah sgt...?

Cik Lela                                   :  Entah la... Biasa jer... Baik Makcik bli kat Kipmart tu ha... Apalah PM tu... Daripada dia buat kedai yang murah baek dy murahkan harga2 barang skrang.. takkan hari2 makcik nak beli Sardin 1 Malaysia?kordial 1 Malaysia?

Cik Joyah (nama sebenar kot..)  : Betui cakap hang Lela. Depa tu semua  nk popular je. Abih Lepas ni habih semua kedai runcit bankrupt.

Mak Jemah                            : hmm~ Mak Jemah okay jer... Hagak2 Mak tengah kaya baru lepas gaji, Mak beli jelah Sunquick...Hagak2 ngah miskin Mak bli cordial oren 1 Malaysia ape susah... Jadi semua boleh rasa... Takkan nyer bankrupt kedai runcit seluruh negeri ni nanti.Kan?

Aku : Saya sokong sgt Mak Jemah oiii...(terpaksalah ikut nada dia... Karang  tak ngaku geng..kuikui)

Cik Lela & Cik Joyah : .....................(Spechless)...............................

Tanpa melengahkan masa, aq terus masuk rumah tengok cerita Spongebob...haha...
(kecik2 tak pernah enjoy)

......................................................................................................................................................
hmm~ apesal semua jenama sama je nie?
(tak sedar diri kat kedai mana)


Jadi hagak2(suara Mak Jemah) korang makcik mana yang bagus? Terserah okay. Persoalan nya sekarang ni...Adakah semua golongan dibenarkan menjejakkan kaki di Kedai 1 Malaysia?Dan dengan terwujudnya kedai 1 Malaysia ini tidak akan merudumkan lagi kedai2 runcit disekitarnya? So, apa pendapat korang?


Thursday, July 14, 2011

gaji menteri malaysia


Assalamualaikum....
ni kali pertama aq wt post kt blog ni selepas sekian lame blog ni wujud..dan tajuk post kli ni telah diberi oleh salh seorang ahli keris untuk aq huraikn…mungkin ramai yg tidk tahu bahawa menteri-menteri kat malaysia ni semua ade gaji....dan gaji mereka semua ini diberi sepenuhnya oleh kerajaan....(xkn pembangkang plak..)
first skli aq x tau mklumat yg aq dapat ni  bnr or tidak. Tp, ape yg pntg aq tetap nak kongsi perkare ni dgn korg, sbb aq nk korg tahu ape yg aq tahu..haha..

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri

Gaji pokok = 1x,xxx.xx (tak sure)
Elaun kerajaan = RM10,500.00
Elaun Perumahan = RM10,800.00
Elaun Wakil Rakyat = RM10,650.00
Elaun parking = RM 5,700.00

Jika kite kire2 gaji yang patut diterima oleh seorang menteri adalah sekitar 50k sahaja….dan ini menunjukkan gaji2 menteri di Malaysia adalah jauh lebih rendah jika kita bandingkan dengan Negara2 laen….dan jika betul lah ini gaji yg diterima oleh menteri2 kita, maka gaji menterikata hanya lah lebih kurang setaraf dengan jurulatih atelit  sukan Negara seperti dato misbun sidek…dan ini menunjukkan bahawa menteri kita tidak lah tamak dan tidak sewenang-wenangnya menghabiskan duit rakyat dengan sesuka hati…



Dan ini pula lain-lain kemudahan yang diterima oleh menteri.....

  1. Bercuti keluar negara sekali setahun
  2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan
    Malaysia
  3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
  4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan
    Malaysia
  5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dan
    lain-lain boleh dituntut setahun sekali sebanyak
    RM40,000.00
  6. Sebuah kereta, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma
  7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan,
    kematian, atau pemberian kepada badan-badan kebajikan
    boleh dituntut
  8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan




Sebenarnye pade pendapat aq gaji n elaun yg diterime oleh menteri di malysia ni adelah sesuai dan setimpal dengan tugas yg mereka lakukan tuk rakyat....sebagai contoh...

1.mereka mmg patut g bercuti pn sbb tuk menenagkan fikiran mereka drpd masalah mereka yg menimbun....tp, selalunya mereka  jarang pegi bercuti kerana mereka sibuk dengan tugas2 kekerajaan yg diberi kpd mereka dan biasenya kalau mereka pergi bercuti, mereka akan melakukan lawatan kerja sambil bercuti kerana ingin menjimatkan masa....

2. alah, berape sen lah sngat bil api rumah menteri tu....dan itu pn orng nk jadikan isu

3. setakat bil ari...x luak pn duit kerajaan yg digunakan tuk bayar bil air rumah menteri tu..

4. korg sendiri tahu kan yg mentiri mesti sebuk punya tuk call sane call sini....menterilah katekan...so, mmg patut lah dapat bil tepon free...

5. mmg la semua mentri leh tuntut duet perkakasan rumah...tp, semua menteri ke tuntut duet tu tiap, tiap tahun???jwb??

6. cube korg bayangkan, sorang menteri tu klu dy dok kat johor, dan tiap2 minggu dy kne g meating kt kl....so, klu dy gunakan duet n kate dy, x  ke tiap2 bulan dy kne servis kate dy....itu baru servis kate....blom cite minyak kate dy ag....so, sbb tu lah dy, dpt kate n minyak percume...tp, kate yg dy dpt tu bkn dy dpt trus pn...tu cume kate tuk kegunaan menteri je...bile dy dh x jd menteri kate tu kne la plg blik...

7. aq x rase yg menteri akan tuntut duet nih....sebab cube ko bayangkan, klu menteri g rumah orang kawin.......dy pn mesti la kne bg salam keruk(bg duet kn tuan rumah)....x kn lah duet yg x berapesen tuk sumbangan ikhlah tu pn menteri nak tuntut...dy pn ade perasaan malu la....

8. klu menteri tu wat rumah terbuka skli pon, yg dtg mkn sepe???rakyat jgk kn...so, x yah lah tu pon nk dijadikan isu sbb, bnde yg dy buat tu baek tuk keharmonian negare.....semua kaum leh dtg makan...ye tak ?


haha semua ni just nk share je ape yang aku tau.. heheh sape2 nk jadi menteri berusahalah ye.. besar gajinye...