Friday, July 29, 2011

ber'PATUT'an ker Kedai 1 Malaysia?

Assalamualaikum...

Waa~ meriah betol...


Hello pengguna- pengguna sekalian...

Kalau tengok tajuk entry pun korang dah tahukan aku nak cerita pasal apa. So, let us go straight to the point. Seperti yang korang tahu Kerajan Malaysia yang tercinta la pulak telah mewujudkan  Kedai 1 Malaysia yang berkonsepkan pasar mini bagi keperluan asas dengan harga yang berpatutan dan mampu dimiliki. Tahu tak? Kuno betul la korang ni.haha...joking2... Aku tahu la yang kedai korang tahu Jusco, Tesco, Giant, Bazar Karat(untuk Johorian shj) and etc. Okay2 enough.

JUSCO Melaka


Menurut sumber yang boleh dipercayai (bukan Murai.com okay...kan Pie?haha...), 250 barangan genetik generic akan dijual pada harga antara 30% hingga 50% lebih murah daripada harga pasaran barangan berjenama. Secara personal, bagus jugak la adanya Kedai 1 Malaysia ni. Sekurang-kurangnya dapat gak Membantu warga kota yang dalam kesempetan, kemiskinan, ke’bankrupt’an dan sebagainya dengan kenaikan harga barangan yang terus meningkat akibat pengurangan subsidi dan pengecutan pendapatan.(pergh macam wartawan siot...)*perasaan lebih*

Tapi yang aku herannya, ada jugak makhluk2 yang sibuk mengata (mestila orang pompuan...laki2 mane suka mengata...haha.. amik kau penumbuk sulung ni!! dush2x) terutama makcik2 yang suka buat mesyuarat pondok (skrang tak maen dah mesyuarat2 tingkap ni...) pasal benda kecik nie.Pelik2 pompuan manusia zaman sekarang ni.

Jom ikuti perbualan aku ngan sekumpulan makcik2 ngah bersidang dekat belakang rumah aku :
......................................................................................................................................................


Aku(bukan nama sebenar)        : Cik Lela( bukan nama sebenar gak...hehe)... semalam kan Cik Lela  kan baru  lpas balik Kelana Jaya kan? Mesti singgah Kedai 1 Malaysia.  So, best ke tak?apa yang murah sgt...?

Cik Lela                                   :  Entah la... Biasa jer... Baik Makcik bli kat Kipmart tu ha... Apalah PM tu... Daripada dia buat kedai yang murah baek dy murahkan harga2 barang skrang.. takkan hari2 makcik nak beli Sardin 1 Malaysia?kordial 1 Malaysia?

Cik Joyah (nama sebenar kot..)  : Betui cakap hang Lela. Depa tu semua  nk popular je. Abih Lepas ni habih semua kedai runcit bankrupt.

Mak Jemah                            : hmm~ Mak Jemah okay jer... Hagak2 Mak tengah kaya baru lepas gaji, Mak beli jelah Sunquick...Hagak2 ngah miskin Mak bli cordial oren 1 Malaysia ape susah... Jadi semua boleh rasa... Takkan nyer bankrupt kedai runcit seluruh negeri ni nanti.Kan?

Aku : Saya sokong sgt Mak Jemah oiii...(terpaksalah ikut nada dia... Karang  tak ngaku geng..kuikui)

Cik Lela & Cik Joyah : .....................(Spechless)...............................

Tanpa melengahkan masa, aq terus masuk rumah tengok cerita Spongebob...haha...
(kecik2 tak pernah enjoy)

......................................................................................................................................................
hmm~ apesal semua jenama sama je nie?
(tak sedar diri kat kedai mana)


Jadi hagak2(suara Mak Jemah) korang makcik mana yang bagus? Terserah okay. Persoalan nya sekarang ni...Adakah semua golongan dibenarkan menjejakkan kaki di Kedai 1 Malaysia?Dan dengan terwujudnya kedai 1 Malaysia ini tidak akan merudumkan lagi kedai2 runcit disekitarnya? So, apa pendapat korang?


Thursday, July 14, 2011

gaji menteri malaysia


Assalamualaikum....
ni kali pertama aq wt post kt blog ni selepas sekian lame blog ni wujud..dan tajuk post kli ni telah diberi oleh salh seorang ahli keris untuk aq huraikn…mungkin ramai yg tidk tahu bahawa menteri-menteri kat malaysia ni semua ade gaji....dan gaji mereka semua ini diberi sepenuhnya oleh kerajaan....(xkn pembangkang plak..)
first skli aq x tau mklumat yg aq dapat ni  bnr or tidak. Tp, ape yg pntg aq tetap nak kongsi perkare ni dgn korg, sbb aq nk korg tahu ape yg aq tahu..haha..

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri

Gaji pokok = 1x,xxx.xx (tak sure)
Elaun kerajaan = RM10,500.00
Elaun Perumahan = RM10,800.00
Elaun Wakil Rakyat = RM10,650.00
Elaun parking = RM 5,700.00

Jika kite kire2 gaji yang patut diterima oleh seorang menteri adalah sekitar 50k sahaja….dan ini menunjukkan gaji2 menteri di Malaysia adalah jauh lebih rendah jika kita bandingkan dengan Negara2 laen….dan jika betul lah ini gaji yg diterima oleh menteri2 kita, maka gaji menterikata hanya lah lebih kurang setaraf dengan jurulatih atelit  sukan Negara seperti dato misbun sidek…dan ini menunjukkan bahawa menteri kita tidak lah tamak dan tidak sewenang-wenangnya menghabiskan duit rakyat dengan sesuka hati…



Dan ini pula lain-lain kemudahan yang diterima oleh menteri.....

  1. Bercuti keluar negara sekali setahun
  2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan
    Malaysia
  3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
  4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan
    Malaysia
  5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dan
    lain-lain boleh dituntut setahun sekali sebanyak
    RM40,000.00
  6. Sebuah kereta, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma
  7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan,
    kematian, atau pemberian kepada badan-badan kebajikan
    boleh dituntut
  8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan




Sebenarnye pade pendapat aq gaji n elaun yg diterime oleh menteri di malysia ni adelah sesuai dan setimpal dengan tugas yg mereka lakukan tuk rakyat....sebagai contoh...

1.mereka mmg patut g bercuti pn sbb tuk menenagkan fikiran mereka drpd masalah mereka yg menimbun....tp, selalunya mereka  jarang pegi bercuti kerana mereka sibuk dengan tugas2 kekerajaan yg diberi kpd mereka dan biasenya kalau mereka pergi bercuti, mereka akan melakukan lawatan kerja sambil bercuti kerana ingin menjimatkan masa....

2. alah, berape sen lah sngat bil api rumah menteri tu....dan itu pn orng nk jadikan isu

3. setakat bil ari...x luak pn duit kerajaan yg digunakan tuk bayar bil air rumah menteri tu..

4. korg sendiri tahu kan yg mentiri mesti sebuk punya tuk call sane call sini....menterilah katekan...so, mmg patut lah dapat bil tepon free...

5. mmg la semua mentri leh tuntut duet perkakasan rumah...tp, semua menteri ke tuntut duet tu tiap, tiap tahun???jwb??

6. cube korg bayangkan, sorang menteri tu klu dy dok kat johor, dan tiap2 minggu dy kne g meating kt kl....so, klu dy gunakan duet n kate dy, x  ke tiap2 bulan dy kne servis kate dy....itu baru servis kate....blom cite minyak kate dy ag....so, sbb tu lah dy, dpt kate n minyak percume...tp, kate yg dy dpt tu bkn dy dpt trus pn...tu cume kate tuk kegunaan menteri je...bile dy dh x jd menteri kate tu kne la plg blik...

7. aq x rase yg menteri akan tuntut duet nih....sebab cube ko bayangkan, klu menteri g rumah orang kawin.......dy pn mesti la kne bg salam keruk(bg duet kn tuan rumah)....x kn lah duet yg x berapesen tuk sumbangan ikhlah tu pn menteri nak tuntut...dy pn ade perasaan malu la....

8. klu menteri tu wat rumah terbuka skli pon, yg dtg mkn sepe???rakyat jgk kn...so, x yah lah tu pon nk dijadikan isu sbb, bnde yg dy buat tu baek tuk keharmonian negare.....semua kaum leh dtg makan...ye tak ?


haha semua ni just nk share je ape yang aku tau.. heheh sape2 nk jadi menteri berusahalah ye.. besar gajinye... 

Wednesday, July 13, 2011

#WW 1 : .:Wondering Wednesday:.

Our first "Wondering Wednesday"....hahaha...

Monday, July 11, 2011

kerajaan belanja besar tuk plkn....

hurmm ape yang kite tahu tentang PLKN??? program latihan khidmat negara, pogram yang diperkenalkan oleh perdana menteri kite skrang Datuk Seri Najib pada tahun 2004. Pm kite tlah mengumumkan bajet tahunan sebanyak rm 500 juta setahun hanya utuk PLKN..

PLKN diperkenalkan untuk melatih generasi muda lepasan spm, untuk memuput semangat patrotisme disamping memupuk semangat kekitaan antara rakyat malaysia.. tapi dikatakan penubhan PLKN ini bebaur politik.. btol k ?? ntah la aku sendiri pown x bleh nk pastikan  btol atau x statement ni....



berbalik kpada kos yang dibelanjakan kerajaan sebanyak rm500 juta setahun.. yang merangkumi kos bekalan makanan, pegurusan, upah penjawat awam dan macam2 lagilah.. namun ape yang mngejutkan kerajaan akan menambahkan pembelajaan tu sebanyak rm250 juta menjadikan total pembelajaan bermula tahun ini untuk PLKN sebanyak rm 750 juta kalu aku x salah kire.. btol kan ??


berbaloi ke usaha kerajaan selama ini ??? membelanjakan rm750 juta kpada sesuatu yang blom pasti akan membuahkan hasil... rata2 pelatih kesana kerana terpakse dan tuk mengelakan saman yang bleh kata mahal lah... pergi 3 bulan then balik umah tuk sambung study.. kan ?? x tau lah tu yang aku dgar dari kawan2 aku yang g PLKN.. segelintir yee bkn semua...

bukankah lbih baek kalau dikurangkan sedikit perbelanjaan tu, dan dilaburkan kepada sektor pendidikan serta sektor laen yang leh menjana pendapatan penduduk serta menjaga kebajikan rakyat.. jesteru kalau dilaburkan ke sektor laen dapat menjamin masa depan generasi mude di masa hadapan...
tapi ni adelah skadar pendapat aku n secebis maklumat tuk dikongsi dengan semua...

Sunday, July 10, 2011

sokonglah barang dari malaysia wei...

assalamualaikum dan salam sejahtera...

"kat sini takde stesen shell ke dik?" "ade bang, abang belok kanan lepas traffik light kedua, pastu terus jek, dalam setengah batu, ade stesen shell bang" "ooo, kalau abang tau, abang tak isi kat petronas ni dik, abang bese isi kat shell"

sebenarnya takde beza pun sangat minyak petronas dengan minyak asing, same2 bayar cukai kat kerajaan...
mungkin ramai orang pergi shell untuk isi minyak, tapi bila jumpa petronas pun berhenti jugak lalu bertanya kat budak pam; "adik, tanye skit bleh, jalan nak pegi ke bla bla bla kat mane?", "adik, ade surau tak kat sini" dan paling femes sekali berdasarkan kajian yang masih dijalankan "dik, tumpang tandas eah"


bukanlah nak suruh pembaca sekalian bertukar terus dari ape2 minyak asing ke petronas, tapi itulah hakikat kita yang suka guna barangan asing dari produk buatan Malaysia sendiri...

kalau kita tak bangga dengan ape negara ade, buat ape kita jadi warganegara Malaysia, ye tak?

minggu lepas rasenye kerajaan harap agar rakyat same2 menyokong barang buatan Malaysia...

ni semua nak kukuhkan ekonomi Malaysia gak, duit kita beli barang Malaysia, alih alih dapat kat kita gak...

ni nak subsidi jek tahu, merungut nak ni harga ni turun, cukai turun, nak gaji lebih tapi nak menyumbangnye, aduuh, bergetar tubuh kalah mesin osim bergetar nak support barang buatan kita...

tahu cakap, "ala, biasiswa, bantuan kerajaan tu kan semua tanggungjawab kerajaan, so, biarlah kerajaan uruskan"

dahtu mane kerajaan nak korek duit? dari lubang hidung manusia ke dapat duit?

jadi, seboleh bolehnya, sokongla produk buatan Malaysia ye, sikit pun orait la, paling kurang duit salur kat dalam negeri gak, dari buatan luar, duit salur kat negara kafir, buat peluru tembak balik orang islam, ish ish ish...

salam mesra, jumpa lagi....

Monday, July 4, 2011

x kotor...

"berakit-rakit  kita ke hulu, berenang-renang kita ketepian, kita berbeza untuk saling mengisi segala kekurangan kita..."-(petikan lagu upin ipin, hehe)

itulah realiti kehidupan manusia...
kita masing masing punyai pendapat dan buah buahan fikiran yang bermacam macam, namun perbezaan itu haruslah digunakan untuk memperbaiki sesama sendiri, bukan memburukkan yang lain...

"wahai umat manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu saling berkenal-kenalan(beramah mesra antara satu sama lain)-al hujurat ayat 13

mengimbau peristiwa yang terjadi kepada zaman zaman kerajaan islam, bermula dengan saidina umar dimana beliau dibunuh oleh pemberontak, mengikut logik akal, kita seharusnya menjauhi segala perhimpunan yang tidak mendatangkan sesen pun faedah dan hanya membuang mase lapang kita...

jika zaman kerajaan islam terlalu jauh dengan kita, kenanglah buku teks sejarah sekolah menengah(form berape aku pun tak ingat) tentang peristiwa 16 mei, rusuhan kaum terbesar..akibatnya, malaysia mengalami kemerosotan ekonomi kerana pentadbiran kerajaan diganti dengan MAGERAN...

jangan kerana ikutkan perasaan, 'kampung' Malaysia kita ini tergadai...

pelbagai cara untuk memperbaiki kekurangan sistem pentadbiran kerajaan, namun menggunakan perhimpunan yang waima budak sekolah pun tak suka berhimpun pada waktu pagi perlulah dijauhi...

aman dah rasenye kalau prinsip rukun negara diamalkan sepenuhnya oleh negara yang berbagai bangsa kita ni, tak perlu nak wujudkan parti sosialis kat Malaysia ni...

jadi, jauhilah segala perhimpunan haram, ajarn komunis dan banyak banyakanlah dengar perhimpunan jumaat sebelum semayang jumaat, hihihi...




*wahai tuhan ku tak layak ke syurgamu, namun tak pula aku sanggup kenerakamu, ampunkan dosa terimalah taubatku, sesungguhnya engkaulah pengampun dosa dosa besar*