Sunday, July 10, 2011

sokonglah barang dari malaysia wei...

assalamualaikum dan salam sejahtera...

"kat sini takde stesen shell ke dik?" "ade bang, abang belok kanan lepas traffik light kedua, pastu terus jek, dalam setengah batu, ade stesen shell bang" "ooo, kalau abang tau, abang tak isi kat petronas ni dik, abang bese isi kat shell"

sebenarnya takde beza pun sangat minyak petronas dengan minyak asing, same2 bayar cukai kat kerajaan...
mungkin ramai orang pergi shell untuk isi minyak, tapi bila jumpa petronas pun berhenti jugak lalu bertanya kat budak pam; "adik, tanye skit bleh, jalan nak pegi ke bla bla bla kat mane?", "adik, ade surau tak kat sini" dan paling femes sekali berdasarkan kajian yang masih dijalankan "dik, tumpang tandas eah"


bukanlah nak suruh pembaca sekalian bertukar terus dari ape2 minyak asing ke petronas, tapi itulah hakikat kita yang suka guna barangan asing dari produk buatan Malaysia sendiri...

kalau kita tak bangga dengan ape negara ade, buat ape kita jadi warganegara Malaysia, ye tak?

minggu lepas rasenye kerajaan harap agar rakyat same2 menyokong barang buatan Malaysia...

ni semua nak kukuhkan ekonomi Malaysia gak, duit kita beli barang Malaysia, alih alih dapat kat kita gak...

ni nak subsidi jek tahu, merungut nak ni harga ni turun, cukai turun, nak gaji lebih tapi nak menyumbangnye, aduuh, bergetar tubuh kalah mesin osim bergetar nak support barang buatan kita...

tahu cakap, "ala, biasiswa, bantuan kerajaan tu kan semua tanggungjawab kerajaan, so, biarlah kerajaan uruskan"

dahtu mane kerajaan nak korek duit? dari lubang hidung manusia ke dapat duit?

jadi, seboleh bolehnya, sokongla produk buatan Malaysia ye, sikit pun orait la, paling kurang duit salur kat dalam negeri gak, dari buatan luar, duit salur kat negara kafir, buat peluru tembak balik orang islam, ish ish ish...

salam mesra, jumpa lagi....

0 komen *,*:

There was an error in this gadget