Monday, May 30, 2011

kEmBali beRsaMa!!

iniLah Yang ku nAnTi2 KaN selama iNi sEmua ahli-ahli KERIS kini keMbaLi beRsaMa seTelAh peRpiSahAn yang meMeriTkaN kaT kMj.... waaa ayat....pAsir GuDaNg (PG) telah dijadikan tempat untuk peRjuMpaaN kitrg thAnKS to PiE sbb bagi KtrG stay UmAh kAu yang best n teRAsE cam Bt0l2 oWg bUjANg.. tapi kALi ni yaNg sPEciAlnYer kitRg disertai oleh DaK2 WAJIB TAYANG... hahah sAngAT hapPenIng yeee nilah aKtIvitI kaMi:....



haAa teNgoKlaH aDeW antara kTRg yang kENe bToLak daRi kaWaSan maSIng2 haa... 2 dh menjadi tUgaS IjAm angkut diErg waT daTaNg PG...... diEOwg sAmPai lebih kurang kol 7 lBih laa deKAt2 MaGRib..... thEn semua kumPul kat uMah PIE dalam kul 9...... kcuali DiN....  AkTvti yang peTameME gi mAnCIng kat taSIk daHlia... hahaha



yAnG reTi maNciNg nYer si PiE ngan NAzRIn yang laen YA adoh!!! duk beRgosiP jeah bKk cter2 hahha teMpt laen senyap jee mase mEmaNcing tapi ktrg biSinG gLer, 2 yang X dapat seEkoR ikAn poWn kCuali IJaM, udang teRsaNgkut kat panCinG die... hehheh...... dah lAme X geLak2 nGan DeMe..
nilah juare memancing ari uh ....

keeSokan paGinyEee ktrg g saRapaN umah PiE heheh.... skali ag thanks PiE n Mak die.. SOdAP

kat kolam umah pie....

perUt dah kOnYang.. apa lagi BerMulalah peJalaNan kaMi ke KoTa TinGgI watr fall.... hahahha beSt MaNdi... sesampai je kat sane tetibe hujan renyai lak hurmm tapi nasib menyebelahi kami... ternyata langIT cerah keMbali hahahah........ apa LagI terjun laaaaa





\

 waaa dah Puas mAnDi mAnDe... kami berSiap nk k uMah NazRin, maKan tenGah Hari heheh... tq NaZrin.. soRilahh maKaN banyAk sGt saMpai kene masak NaSi untuk kali kEdUa .. hehehe isshhhh mAAp x3, siB bAeK ktrg abes mAnDi cepat lPas je ktrg kuar Hujan punyer laaa leBaT.... alhamdulillah..

dah aBes maKaN kat umah NaZrin kami pown mAeN boWliNg laaa hahahha sAnGat seRoNok yeee dah la LeTih beRenaNg pown X aBes aG dalAm pejalanan seMua dah LEntoK TingGal driVer n co-Pilot jee yang berTahaN ....





kaLi nii PiE mEmEgaNg tiTLe JuAre tuK game yang kedue wau hebat ..... haa game pertame ijad yang menang... puas????
lepas uh aPew ag dh abes Maen bOwLing... balik lah umah.. bersihkan diri... seMuA Dh larat nk ManDi sOo semua seMayaNg maGrib then tidor........ hahha pOnAt yoOo?????.....

suRpriSe!!!!!! 
hahahha pas isYak kTrg GerAk umah DiN Nak Sambut birthday IjaM... parEnt din eMg semPOi.... seDap mak die maSaK.. ngan kEk laGi ... maNYak sgt... iJaM .... terkEjuT kEe???? hahha haPpy birtHdAy....



sembAng punyer sEmBang kAt umah DiN ktrg pown minTak diri lahh ngaN paRent DiN  & gERak g tGk waYAng ....

nk cAri tiKeT pown saMPai kEne g 2 wayang sbb kat JUsco tEbrAu dh penoh... so ktrG tgk mUvi kat KSL city hehhe mall bru...... kat sane kTRg berpeCah, adeW ygtgk KunGfu paNDa 3D n 70% g tGk piraTE of the caRribeans...

semua eNjOY... hahha diSebBkan ktrg x rehat lagi adew yg tiDo dlaM panGguNg hahaha mane x nyEee muVi seMua Kul 12 pAGi heheh

kul 2.30 paGi semua dh ngAntOk muVi pown dah tgk.... plaNning nak g Danga Bay... tapi seMUa dh X larat sOo baLiK lAa jawaBnyeEe.... maAp ShiDie leN kAli yeeee...



haaa tGklaAa muke2 dAk yg bru bGun tdooo.. haAHa peNat LAaa... samPae terlAt bguNyerrr..... keHidupAn daK bujAng.... pas uh ktrg g sara kat kDai mNe nTaH..... sbgai akTvitY last sBLum DeMe bALik ke umah maSinG2 kaMi g lah buKiT LeLayaNg (picture not available at this moment)... hhahah MAAP... akhirnyaa PeRpisAhAn terpaKse berlaku... kami menuju ke umah masing2,,, namun KenAngAN beRSama aKan kEKal untuk seLamAnYa... tapi ini bKn BuAt Kali teRakHir yeee... tGu JolAh.. :)

Thursday, May 26, 2011

peNgaNGur!!!

hurmmmmm.... Dah laMe RAsenye Aku x Mnulis kAT sini... hurmm dAh abEs MAtrIk ni Macm hlang AraH laK heheh Dengan x BEkerja DUk UMah JElaH.. KAlu kAt koLEj dulU ade lah GAk TuJuan yelAh keNe wat TutOR, Lab rePort, aSsiGnmENt, PETG2 leH Jog... Usha Awek, DAting n sbagaInye laaa.... BilE duk UMah niii TGOK tB, On9, MAkn, TidO JEjaLAn DAh jAdi rutiN baru ,, Same JE tiaP2 HAri ... MEmuLE uEH BesT lAAaa tApi Bile dAH Tiap2 hari BEndE saME jEEE adOiIII BOwinkk...
So Aku mINtak KEje nGAn Mak AKu jAdi NAnny Utuk ADEk akiu MErangkap maID utk Umah ni... HEHEH yang pentinG duit MAsyUk...... DAn Esok nii HAri yg KutuNGGu2..... Nak tAU nApe??? SABAr yeee KAmu SemUa akn tau NAnTi hehheeh......
GaRy 

Monday, May 23, 2011

bertuahnya kita...

salam sejahtera kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin...

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala subsidi yang ditampung oleh Kerajaan Persekutuan ketika ini adalah 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), jumlah tersebut dijangka akan terus meningkat 100 peratus sekiranya kerajaan tidak mengurangkan jumlah pemberian subsidi kepada rakyat di negara ini.

beliau berkata lagi...“Kita tidak mahu satu lagi negara muflis seperti Greece yang kini terpaksa bergantung kepada ahli Kesatuan Eropah kerana hutangnya terlalu banyak sehingga menyebabkan negara itu berhadapan dengan ketidak-tentuan pasaran di peringkat antarabangsa,”

tahukah kita mengapa berlakunya kenaikan harga minyak mentah dunia?
berpandukan minyak mentah jenis West Texas Intermediate(WTI), berlakunya permintaan kenaikan harga minyak mentah dunia adalah:
1.permintaan minyak mentah dunia yang tinggi terutama dari China dan India berbanding dengan bekalan mengakibatkan lonjakan harga minyak mentah(permintaan melebihi pengeluaran)
2. beberapa negara OPEC(Organization of the Petroleum Exporting Countries) seperti Iran dan Iraq mengalami ketidakstabilan dan ini menjejaskan pengeluaran minyak mentah.


la, Malaysia kan ade banyak loji minyak, kenape harga naik jugak?

minyak mentah keluaran malaysia adalah jenis Tapis


minyak jenis Tapis tidak digunakan buat kegunaan tempatan kerana ianya berkualiti tinggi. Harganya juga mahal dan menguntungkan sekiranya ia dieksport..
Malaysia mengimport minyak lebih murah dan mendapat keuntungan dengan mengeksport minyak Tapis dan mengimport minyak murah..
di samping itu, sebagai rakyat Malaysia, haruslah diketahui bahawa harga minyak mentah dikawal oleh pasaran dunia bukan Malaysia. Walau bagaimanapun, OPEC masih lagi memainkan peranan penting menentukan tahap pengeluaran minyak dunia TETAPI bukan sepenuhnya..
dari segi produk petroleum tempatan(petrol, diesel, LPG), PETRONAS hanya membekalkan 42% drpd pasaran runcit produk petroleum tempatan, selebihnya syarikat asing(SHELL, EXXON-MOBIL,BHP, CHEVRON)


Jika harga runcit produk petroleum tempatan hendak dikekal rendah, kerajaan terpaksa menanngung keseluruhan subsidi minyak.

tapi anda jangan ingat bahawa minyak sahaja yang perlu ditanggung oleh kerajaan, banyak lagi bantuan-bantuan yang disalurkan kerajaan dan subsidi-subsidi yang dihulurkan kepada rakyat

antaranya:
bantuan harga padi dan subsidi baja, subsidi orang asli dan pengangkutan udara ke pedalaman...
ha, buku teks yang anda pinjam sewaktu sekolah rendah dan menengah...
anda sakit, pergi ke hospital kerajaan atau klinik kerajaan, subsidi kerajaan tu kalau free...
pendidikan bagi sekolah rendah sampai ke IPT...
yuran peperiksaan yang anda duduki tu semua kerajaan tanggung...
RMT(rancangan makanan tambahan bagi pelajar miskin)...
makanan asrama anda, pinjaman PTPTN, dan biasiswa...
yang paling best sekali tarif elektrik, tahukah anda sekiranya tiada subsidi kerajaan terhadap elektrik, anda semua akan membayar 3 kali ganda jumlah harga bil elektrik anda sekarang!!

pada tahun 2007 je, kerajaan telah membelanjakn 9.2 billion untuk semua bantuan ni kecuali minyak mentah

tahukah anda bahawa harga RON97 dan diesel di Malaysia adalah terendah di ASEAN dan antara terendah di dunia, sebab tu kes penyeludupan minyak ke luar negara berlaku... x caye? tu, kete singapura datang johor isi minyak tu pehal der? seludup lah tu, hehhe

so, kerajaan perlu berhemat dalam pemberian subsidi kerana jumlah tanggungan kerajaan semakiin besar saban tahun...apabila jumlah subsidi dan pengecualian cukai jualan yang dikenakan terhadap minyak mentah semakin meningkat, wang yang ade untuk tujuan pembangunan serta subsidi sektor lain terpaksa dikurangkan...

pemberian subsidi yang x berhemah akan meningkatkan perbelanjaan mengurus kerajaan dan seterusnya keadaan defisit akaun kerajaan(ape ni, budak akaun tolong terangkan?hehe)
ape yang difahami, government debt had continued to meet increasing expenditure, so, if the situation continues, the burden debt will continue to be borne by the future generation iaitu, KITALAH!

kesimpulannya, hargailah elektrik, bantuan kerajaan, biasiswa, air, dan ape-ape yang kita nikmati dengan sebaiknya, rasenye, fikir pasal subsidi pun dah boleh botak kepala, belum isu lain, haha, nasib kaulah perdana menteri, er, hargailah lah ye pemberian kerajaan, jangan membazir, kelak, kita jugak merana...

Sunday, May 22, 2011

mengapa pak hitam?

asslamualaikum dan salam sejahtera....
firman ALLAH dalam surah AL-HUJURAT ayat 13 yang bermaksud "wahai sekalian manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari kalangan lelaki dan perempuan, dan kami jadikan kamu itu berbangsa-bangsa dan berkabilah, agar dengan kejadian yang begitu kamu saling kenal mengenali di antara satu sama lain"

siapakah mereka wahai gadis dan perempuan melayu?

anda pasti anda tidak mengenali mereka?

ya, kenal mahupun tidak merekalah yang sering kelihatan di negara kita sekarang, pak hitam...

mutakhir ini, awang hitam@pak hitam@lelaki afrika@bahasa kasarnya ialah negro(anjing) dilihat semakin mengganas. sebutlah segala macam jenayah di muka bumi ini, pastinye boleh dikaitkan dengan awang hitam ini...pelacuran, berkhalwat dengan gadis genit tempatan yang cumel2, merompak, merogol, membunuh, merampas bini orang, menipu duit orang hingga berjuta-juta, transaksi palsu, hinggalah keldai dadah, semuanya dilakukan oleh mereka...

dan yang paling mendukacitakan adalah, mereka semua telah berjaya menurunkan kejantanan dan ke' macho' an lelaki Melayu!!! cis, pantang Melayu hilang di dunia...

apakah keistimewaan pak hitam ini hingga orang perempuan tempatan tergila-gilakan mereka?

alasan mereka mengatakan, pak hitam ini lebih budiman berbanding lelaki melayu(skop budiman please dari sesape, hehe)

mereka juga memiliki tarikan tersendiri

antaranya: kepetahan berbicara(macam ahli politik ke?), sikap budiman(petani kat Malaysia tak berbudi ke?rasenye dah berbudi kepada tanah), open minded(open minded ke open ape ni?) dan penyabar(wah3, lelaki melayu tak sbar ke)

mereka mendakwa ini semua tidak terdapat atau kurang pada lelaki melayu, dan kredit lgi untuk lelaki tempatan, lelaki tempatan EGO terhadap wanita! betul keee?!!

....walau ape pun sebabnya dan alasannya, pak hitam ini tidak seharusnya dipercayai seratus peratus, janganlah sudah terhantu baru terngadah, islam tidaklah melarang untuk kita saling mengenali dengan bangsa lain seperti firman di atas asalkan mereka ini benar2 islam dan mampu membimbing anda ke jalan yang benar...

hidup anda pilihan anda...>_<

Thursday, May 12, 2011

sembahyang a.k.a solat

anak jiran terlompat lompat, anda semua sudah solat??
tadek ape pun yang special pade tajuk entri ini kerana KERIS rasa semuanya tahu ttg solat, suka untuk KERIS ingatkan anda semua bahawa solat itu tiang agama, jika runtuhnya tiang itu, maka runtuhla agama seseorang itu(bleh apply jadi penceramah lepas ni rasenye, hehehe...) pasti anda tahu firman ALLAH iaitu" solat itu mencegah kemungkaran," tapi bagaimana solat itu boleh mencegah kemungkaran? tidak lain dan tidak bukan iaitu khusyuk di dalam solat, sempurna bersucinya dan juga wudhuknya...
ha, minta mintala kita selalu jadi yang tengah tu ye...
ha, jangan pulak ganggu kekhusyukan orang lain tengah solat, ish3...
jap2, korang semua ingat lagi x rukun solat, kalau ingat alhamdulillah, kalau pernah ingat tapi lupa, rukun solat ade 13 semuanya der...bacela der sekali imbas kot kot lepas ni tetiba kita mati, bleh gak jawab solan malaikat kat kubur tu ....
1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah… hinggalah Waladhaallin.
5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.

so, lakukanlah solat anda dengan khusyuk dan penuh tawadhuk tak kiralah solat fardhu mahupun solat sunat, sesungguhya, yang baik datang dari ALLAH sendiri dan yang buruk dan kurang datang dari kelemahan diri kami sendiri, sekian, hidup anda pilihan anda...


interview oh interview....

anda bakal di interview? atau anda pernah di interview? x kiralah interview untuk keje ke, biasiswa ke, nak masuk u ke, pasti, perkataan  gementar,  nervous, butterfly dalam perut, dan semua adik beradik perasaan cuak akan muncul menari nari di ruang legar hemisphere kiri otak anda, ape? anada x nervous? langsung? anada yang tak nervous ni mesti dah jenuh di interview kan2?
eh, ni bukan, ni nervous system




ha, ni mungkin anda kowt, hehehe...

so, untuk mengelakkan nervous, cuma bersedia secukupnya, selawat, doa dan masuk dengan bergaya ke dewan temuduga..di samping itu, anda digalakkan membawa semua sijil yang anda ade kerana walaupun xde markah diberikan kerana kesungguhan anda itu, ia menunjukkan betapa seriusnya anda ketika itu

tambahan lagi, jawab dengan penuh yakin sekiranya anda disoal siasat adakah anda bersedia untuk ditemuduga, jangan gelabah, prepare untuk introduce diri dengan lancar dan jelas, kepetahan anda bercakap bakal membuatkan panel berasa kagum dengan anda at the first impression

berpakainla dengan kemas, susun segala dokumen anda dengan teratur, ceritakan kelebihan diri kerana itu yang membuatkan anda berbeza dengan orang lain, setiap orang unik kan?

so, kepada sesape yang bakal mengahadiri interview, gudluck....

Monday, May 9, 2011

Buat rEsUMe!!!!!!

Hmmmm...... buat pelajar2 lepasan SpM atau POwn lepasan AsaSI/MaTRik yang akn
berhadapan dEnGAn macM2 inTerVieW x kire lah untuk kerja k @ untuk biasiswa atau InterView kelAyaKAN untuk memasuki sesebuAh IPt, ResUME ni amatlah membantu yeee...
reSUme ni lebih kURang mcm iklan untuk promosi diri kite kepada org yg interbiew kite... nak wat Resume ni mestilah RiNGkas Tetapi Padat. ni ape yg aku belajar dr cikgu2 akulah ape yg Patut ade dlm REsumE kite.... :

  • yg pling penting Info ringkas ttg DIRi kite, yelah sape NamE kite, mne TEmPt tinggal kite..& yg pLIng PENtg mCm mne nk conTAct KIte mcm nO. TelefN @ E.mEl... Yelh Klu lulus Bleh lah die CTAct Kite.
  • tHen, kite kne lah bgtau mane kite BelaJAr, disEkOLAh mane UNivrst ape? Kolej Mane? sbb Ia AMAt Membantu....
  • Klu untuk Interbiew keJE lak Kite letak laa ExpERienCe KEje kite... yelah kbnyakan maJikaN skarg NAk kn PkerJA yg Ade PenglAman ..
  • LEPAs uh jgn lupe penCapaiAn AkADemiC kite.... yelah untk KelayaKN Yang mereka Nak kn ...
  • pencapAin dlm Bidang kO-KurikulUm jagn Lak kite LUpekan... Penting YEeee!!!
  • SElitkan lah seKAli pengalamNA memegang SESUatu jaWatan dalM sesEBuaH organisasi seperti Pengawas , PENgerUsi, apa2LAH jWATAn yang pernah Kite peNGang...
  • LAst sekaLi jgAn lUpe sertakn RujUkan untuk MEREka.. RUJUkan ni adalAh individu YAng boleh merEka RuJUk untUk mengesahkAN mAklumat Yang Telah kite BERikan KepaDa mEreKa.... seLAlunya Ornag Yang bErpangKat dalAm kerAjaAn....
  • oppss, kalau boleh ceritakan sikit kenape kita patut dipilih dalam interview tu, sebab semua orang mungkin punya kelayakan yang same, so ceritakan sedikit menegnai keunikan anda, mungkin boleh mempengaruhi keputusan juri....
dIHArapkan ini dapat memBanTu mereKa Yang BaKAl mengHAdiri TemUduGA kat Luar sane yee.....
selAmAt beRjaYA...!!!!!!!!!!!! 

Sunday, May 8, 2011

MATRIK VS ASASI..............

SALAM...
Di sini sya ingin bertanyakan pendapat anda tentang asasi dan matrikulasi...kalau di beri pilihan anda akan pilih asasi atau matrikulasi???kenapa anda pilih asasi/matrikulasi???....apa yg anda tahu tentang asasi atau matrikulasi???...sila berikan pendapat anda....terima kasih...=)

Saturday, May 7, 2011

ibuku...

Hari demi hari, sedar x sedar kite dah meningkat dewasa... dari zaman kanak2 melangkah setapak ke zaman remaja dan maju selangkah ke zaman dewasa. Adakah kita akan sampai ketahap ini jika tiadanya bimbingan dan    jagaan yang baik dari ibu kita? Individu yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan kita ke dunia ini.Namun ade di antara kita tidak nampak pengorbanan yang telah ibu kita lakukan. mereka menafikan kepentingan ibu disebalik kejayaan mereka.. Adakah ini layanan yang harus diterimanya setelah semua kasih sayang dia berikan untuk kita, setelah masa sisa hidup dia dihabiskan untuk membesarkan kita. Adakah itu balasan yang dia patut terima??  Ramai di antara kita menyesal dan sedar akan kesilapan kita hanya selepas Ibu meninggal kan kita.
Sempena hari ibu yang akan disambut 8 MEI tidak kiralah apa panggilan yang kita gunakan untuk memanggil dia, mama/ibu/ ummi/mak atau ape2 sahaja. marilah kita menyampaikan rasa penghargaan kita kepada mereka sebelum kita tidak berdaya untuk melakukanya dimasa yang lain......

Namun jangalah hanya di hari ibu sahaja kita menyampaikan rasa penghargaan & terima kasih kita kepada mereka. ucapkanlah sayang & kasih kita kepada insan yang teristimewa dalam hidup kita setiap saat & detik yang kita selagi kita mampu berbuat sedemikian kerana suatu masa nanti kita juga akan melalui ape yang mereka lalui.....
Kami SAYANG IBU kami.........

Thursday, May 5, 2011

60 tips mendapatkan pasangan....

bukak facebook jek, ramai yang update status dari single ke in relationships la, married la, engage la, pastu single balik, pastu its complicated, last2 divorce, kui3
tatau samada nak kesianke, nak congrat ke, nak tanye nape ke, yang pasti kadang2 nak muntah pun ade(kan? kan?)
disebabkan itu, bagi mengelakkan masyarakat sekalian dari terus mengeluarkan status2 yang seringkali berubah ubah, disini, saya telah menyenaraikan tips dari dr fadzilah kamsah(sbenrnya tatau camne tips ni ade dalam komputer, kui3)jangan salah sangka ye,hihihi...

60 petua untuk mendapatkan pasangan dari dr fadzilah kamsah

Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk 6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.




ha, dah bace? sekian sahaja kali ini, hidup anda pilihan anda...

Wednesday, May 4, 2011

kisah arnab dan kekura

entry ini diplagiat dari http://www.iluvislam.com
selamat membaca >_<


Suatu masa yang dahulu, Sang Arnab dan Sang Kura-kura saling mencabar satu sama lain tentang siapa yang terpantas dan akhirnya mereka bersetuju untuk mengadakan perlumbaan. Perlumbaan ini akan menentukan siapa lebih pantas. Sesiapa yang sampai lebih awal di garisan penamat yang dipersetujui dikira sebagai pemenang.
Perlumbaan pun bermula. Sang Arnab memecut pantas. Di separuh jalan, dia memandang ke belakang dan melihat Sang Kura-kura masih jauh. Jadi Sang Arnab pun berehat dibawah pokok dan tertidur.
Sang Kura-kura secara perlahan dan konsisten memotong Sang Arnab dan muncul sebagai juara perlumbaan tersebut. Sang Arnab terjaga dan menyesali apa yang terjadi.
Pengajaran : Perlahan-lahan dan konsisten membawa kejayaan.
(Biasanya cerita ini akan berakhir disini, tetapi kali ini cerita ini bersambung...)
Sang Arnab kecewa dengan kekalahan ini. Sang Arnab membuat kajian untuk mengkaji sebab-sebab kekalahannya kepada Sang Kura-kura. Sang Arnab mendapat jawapan bahawa dirinya terlalu berkeyakinan tinggi, tidak berhati-hati dan terlalu sambil lewa.
Jika dia menyelesaikan ketiga-tiga masalah tadi, adalah mustahil dia akan kalah. Jadi Sang Arnab mengajak Sang Kura-kura untuk mengadakan perlawanan kedua. Sang Kura-kura bersetuju.
Kali ini Sang Arnab memecut dari garisan permulaan sehingga garisan penamat. Dia memenangi pertandingan dengan meninggalkan Sang Kura-kura jauh ketinggalan di belakang.
Pengajaran : Pantas dan konsisten dapat menewaskan perlahan-lahan dan konsisten.
Jika dalam syarikat anda, terdapat seorang pekerja yang lambat dan konsisten dan seorang lagi pantas dan konsisten. Sudah tentu, individu yang pantas dan konsisten akan menjadi pilihan kita.
Lambat dan konsisten adalah baik tetapi pantas dan konsisten adalah lebih baik.
Cerita ini bersambung lagi. Kali ini Sang kura-kura pula memikirkan strategi untuk menang. Sang Kura-kura menyedari bahawa jika format pertandingan seperti sedia ada, adalah mustahil bagi Sang Kura-kura untuk menang. Strategi terbaik adalah mengubah format perlumbaan.
Setelah berfikir panjang. Sang Kura-kura mencabar Sang Arnab untuk perlumbaan ketiga. Kali ini dengan laluan yang dikemukakan oleh Sang Kura-kura adalah sedikit berbeza dari laluan asal. Sang Arnab bersetuju.
Perlumbaan dimulakan. Berbekalkan komitmen yang ada, Sang Arnab memecut pantas dan terhenti di sebuah sungai yang besar. Garisan penamat adalah beberapa kilometer diseberang dari sungai ini. Sang Arnab tidak tahu berenang.
Sang Arnab berhenti di tebing sungai dan memikirkan tentang apa yang patut dilakukan sekarang. Pada masa yang sama pula, Sang Kura-kura berjalan perlahan-lahan, setibanya di sungai, dia berenang ke seberang dan kemudiannya berjalan semula sehingga tiba di garisan penamat. Sang Kura-kura menang.
Pengajaran : Kenalpasti kelebihan diri anda, cebur dalam bidang yang anda mempunyai kelebihan.
Jika anda tidak mahir dan tidak berminat dalam bidang membuat kiraan stok. Tinggalkan bidang itu dan cari orang yang mahir dalam bidang tersebut. Jika anda minat dalam bidang pemasaran. Cebur bidang tersebut dengan sepenuh hati. Tetapkan laluan perlumbaan anda berdasarkan kelebihan dan minat yang anda miliki.
Kisah ini belum berakhir....
Setelah 3 kali perlumbaan. Sang Arnab dan Sang Kura-kura telah menjadi rakan karib. Mereka berbincang bersama. Mereka mendapat idea baru tentang cara meningkatkan kepantasan perlumbaan mereka.
Mereka bersetuju untuk berlumba, tetapi bukan sebagai pesaing tetapi sebagai satu pasukan.
Perlumbaan dimulakan.
Sang Arnab mendukung Sang Kura-kura dibelakangnya dan memecut pantas sehingga ke sungai yang besar. Setibanya di sungai, Sang Arnab pula berada di atas Sang Kura-kura yang sedang berenang. Setibanya di seberang sungai, mereka bertukar posisi sekali lagi dan sampai ke garisan penamat dengan jayanya.
Mereka merasa lebih puas dan berjaya berbanding apa yang mereka telah lalui sebelum ini.
Pengajaran : Walau sehebat mana pun seseorang individu, pasti terdapat bidang yang individu ini lemah dan orang lain lebih baik berbandingnya. Oleh yang demikian, adalah bagus kita bekerja dalam satu kumpulan dengan menggunakan kelebihan yang ada pada setiap orang.

Tuesday, May 3, 2011

awas terhadap meoww anda!!!!

hai, anda mempunyai haiwan peliharaan? mungkinkah haiwan tersebut kucing? ha, sekiranya kucing, anda sepatutnya membaca ape yang akan saya dedahkan ini. kucing sememangnya cumel, namun pernahkah anda terfikir, haiwan ini mampu mengakibatkan anda dalam bahaya. ya, pasti anda hairan kan? kucing sememangnya bahaya, bagaimna??!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

jadi, berhati-hatilah walau dimana jua anda berada, hidup anda pilihan anda, sekian~hehehe....

Monday, May 2, 2011

hari.. hari.. kerja !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


tanggal 1 mei.. seluruh pelusuk negeri di Malaysia menyambut Hari pekerja 2011...
malah kemeriahan sambutan hari pekerja diteruskan sehingga hari ini.... itulah yang terjadi di Pasir Gudang (PG), johor.... dengan pemberian cuti pada 2 mei untuk semua penjawat awan serta swasta malah tidak terkcuali para pelajar....
setelah penat mereka brtungkus lumus bekerja untuk menaikkan ekonomi negara kita, mereka patut di beri rehat serta di raikkan atas segala usaha mereka...... kerana diantara pekerja2 ini adalah ibu bapa kite dan ade juga antaranya rakan-rakan kite.... they deserve it....
pelbagai aktiviti yang telah dijalankan di bukit Layang-layang PG... seprti pertandingan futsal,pertandingan paintball, karaoke, ceramah agama, jualan aneka barangan, pameran layang2 dan jugak konsert dari artist tanah air..........
festival ini berjaya menarik minat pengunjung dari pelbagai peringkat usia... ade yg mude, yang dewasa dan tidak terlepas warge emas..... sambutan nye sangat meriah ....
manyak nya tudung ... beli2 due singit


banyak nye mainan...
cicak terbang....

nilah antara layang-layang yang berjaye IJAD naek kan ... 
btol x IJAD ??

haa ape yang menarik salah seorang ahli keris terlibat dalam iaitu IJAD , hurmmm die telah terklibat secara langsung mejadi sukarelaan untuk menaikkan layang-layang yang terdapat dalam pelbagai jenis dan rupe......
namun cuaca tidak menyebelahi mereka kerana layang2 hanya dapat dinaikkan pada hari kedua festival, namun ia tetap menjadi tarikan utama festival..........
festival ini turut menarik minat Universiti Tun Hussein Onn ,UTHM untuk memperkenalkan bidang2 yang ditawarkan oleh fakulto2 di UTHM. secara tidak langsung menarik minat golongan mude untuk melanjutkan diri ke menara gading.. bagus bkn ??? disamping berhibur dapat juga maklumat bergune untuk kite.. 
tidak kurang juga kehadiran artis2 terkenal tanah air sperti Azza ELITE, Nubhan, Ery Putra, Alyah, Daus Fazley Zainal, Roslan Syah, Jay Jay dan ramai lagi ..................... 
ramai yang datg memberi komitmen huhu walaupun cuaca hujan 


fiesta ini berakhir dengan ceramah  mengenai Saka & Sihir........ yang di sampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustz. Kazim Baba......... banyak input yang telah diperoleh oleh penduduk pasir gudang... 
sekian............