tadek ape pun yang special pade tajuk entri ini kerana KERIS rasa semuanya tahu ttg solat, suka untuk KERIS ingatkan anda semua bahawa solat itu tiang agama, jika runtuhnya tiang itu, maka runtuhla agama seseorang itu(bleh apply jadi penceramah lepas ni rasenye, hehehe...) pasti anda tahu firman ALLAH iaitu" solat itu mencegah kemungkaran," tapi bagaimana solat itu boleh mencegah kemungkaran? tidak lain dan tidak bukan iaitu khusyuk di dalam solat, sempurna bersucinya dan juga wudhuknya...
jap2, korang semua ingat lagi x rukun solat, kalau ingat alhamdulillah, kalau pernah ingat tapi lupa, rukun solat ade 13 semuanya der...bacela der sekali imbas kot kot lepas ni tetiba kita mati, bleh gak jawab solan malaikat kat kubur tu ....
1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah… hinggalah Waladhaallin.
5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.
so, lakukanlah solat anda dengan khusyuk dan penuh tawadhuk tak kiralah solat fardhu mahupun solat sunat, sesungguhya, yang baik datang dari ALLAH sendiri dan yang buruk dan kurang datang dari kelemahan diri kami sendiri, sekian, hidup anda pilihan anda...
0 komen *,*:
Post a Comment