Monday, May 23, 2011

bertuahnya kita...

salam sejahtera kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin...

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala subsidi yang ditampung oleh Kerajaan Persekutuan ketika ini adalah 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), jumlah tersebut dijangka akan terus meningkat 100 peratus sekiranya kerajaan tidak mengurangkan jumlah pemberian subsidi kepada rakyat di negara ini.

beliau berkata lagi...“Kita tidak mahu satu lagi negara muflis seperti Greece yang kini terpaksa bergantung kepada ahli Kesatuan Eropah kerana hutangnya terlalu banyak sehingga menyebabkan negara itu berhadapan dengan ketidak-tentuan pasaran di peringkat antarabangsa,”

tahukah kita mengapa berlakunya kenaikan harga minyak mentah dunia?
berpandukan minyak mentah jenis West Texas Intermediate(WTI), berlakunya permintaan kenaikan harga minyak mentah dunia adalah:
1.permintaan minyak mentah dunia yang tinggi terutama dari China dan India berbanding dengan bekalan mengakibatkan lonjakan harga minyak mentah(permintaan melebihi pengeluaran)
2. beberapa negara OPEC(Organization of the Petroleum Exporting Countries) seperti Iran dan Iraq mengalami ketidakstabilan dan ini menjejaskan pengeluaran minyak mentah.


la, Malaysia kan ade banyak loji minyak, kenape harga naik jugak?

minyak mentah keluaran malaysia adalah jenis Tapis


minyak jenis Tapis tidak digunakan buat kegunaan tempatan kerana ianya berkualiti tinggi. Harganya juga mahal dan menguntungkan sekiranya ia dieksport..
Malaysia mengimport minyak lebih murah dan mendapat keuntungan dengan mengeksport minyak Tapis dan mengimport minyak murah..
di samping itu, sebagai rakyat Malaysia, haruslah diketahui bahawa harga minyak mentah dikawal oleh pasaran dunia bukan Malaysia. Walau bagaimanapun, OPEC masih lagi memainkan peranan penting menentukan tahap pengeluaran minyak dunia TETAPI bukan sepenuhnya..
dari segi produk petroleum tempatan(petrol, diesel, LPG), PETRONAS hanya membekalkan 42% drpd pasaran runcit produk petroleum tempatan, selebihnya syarikat asing(SHELL, EXXON-MOBIL,BHP, CHEVRON)


Jika harga runcit produk petroleum tempatan hendak dikekal rendah, kerajaan terpaksa menanngung keseluruhan subsidi minyak.

tapi anda jangan ingat bahawa minyak sahaja yang perlu ditanggung oleh kerajaan, banyak lagi bantuan-bantuan yang disalurkan kerajaan dan subsidi-subsidi yang dihulurkan kepada rakyat

antaranya:
bantuan harga padi dan subsidi baja, subsidi orang asli dan pengangkutan udara ke pedalaman...
ha, buku teks yang anda pinjam sewaktu sekolah rendah dan menengah...
anda sakit, pergi ke hospital kerajaan atau klinik kerajaan, subsidi kerajaan tu kalau free...
pendidikan bagi sekolah rendah sampai ke IPT...
yuran peperiksaan yang anda duduki tu semua kerajaan tanggung...
RMT(rancangan makanan tambahan bagi pelajar miskin)...
makanan asrama anda, pinjaman PTPTN, dan biasiswa...
yang paling best sekali tarif elektrik, tahukah anda sekiranya tiada subsidi kerajaan terhadap elektrik, anda semua akan membayar 3 kali ganda jumlah harga bil elektrik anda sekarang!!

pada tahun 2007 je, kerajaan telah membelanjakn 9.2 billion untuk semua bantuan ni kecuali minyak mentah

tahukah anda bahawa harga RON97 dan diesel di Malaysia adalah terendah di ASEAN dan antara terendah di dunia, sebab tu kes penyeludupan minyak ke luar negara berlaku... x caye? tu, kete singapura datang johor isi minyak tu pehal der? seludup lah tu, hehhe

so, kerajaan perlu berhemat dalam pemberian subsidi kerana jumlah tanggungan kerajaan semakiin besar saban tahun...apabila jumlah subsidi dan pengecualian cukai jualan yang dikenakan terhadap minyak mentah semakin meningkat, wang yang ade untuk tujuan pembangunan serta subsidi sektor lain terpaksa dikurangkan...

pemberian subsidi yang x berhemah akan meningkatkan perbelanjaan mengurus kerajaan dan seterusnya keadaan defisit akaun kerajaan(ape ni, budak akaun tolong terangkan?hehe)
ape yang difahami, government debt had continued to meet increasing expenditure, so, if the situation continues, the burden debt will continue to be borne by the future generation iaitu, KITALAH!

kesimpulannya, hargailah elektrik, bantuan kerajaan, biasiswa, air, dan ape-ape yang kita nikmati dengan sebaiknya, rasenye, fikir pasal subsidi pun dah boleh botak kepala, belum isu lain, haha, nasib kaulah perdana menteri, er, hargailah lah ye pemberian kerajaan, jangan membazir, kelak, kita jugak merana...

2 komen *,*:

Blog User said...

perenggan akhir memang mantap, "hargai pemberian kerajaan".walla~
*tangan didada mata ke atas*
hahaha.

Anonymous said...

uhuk2, bukan politikal isu kan? Hehhe